Apr 10, 2013

AWAK :)


untuk awak :) 

awak, maaf kalau saya terlebih feeling selama kita berkawan balik ni. maaf jugak kalau saya selalu kacau awak. tapi mulai malam ni, insyaAllah saya akan berusaha sehabis daya saya untuk lepaskan awak pergi dari hidup saya, dari hati saya. saya akan cuba awak. awak jangan risau erk? :) 

maaf 150juta kali untuk segala kesalahan saya dulu. saya tahu awak bukan jenis pendendam tapi saya tak sedap hati, rasa nak mintak maaf jugak. sebab saya tahu saya salah. walau macam-macam cara pun saya elak untuk tak nak terpisah dengan awak dulu tapi ada jee masalah yang datang. mungkin Allah dah takdirkan kita ni takde jodoh kan awak? :) saya sedih bila awak bagitau betapa kecewanya awak dengan saya dulu. saya dapat rasa tu. kalau awak sedih, saya yang jadi penyebab semua ni lagi laa. tapi takpelah. saya tahu awak bahagia. kalau kita tak berpisah, mungkin awak takkan jumpa dia yang jauh lebih baik dari saya kan? :) saya tahu sekarang awak lagi bahagia berbanding dengan saya dulu. saya tumpang bahagia awak :) 

sesungguhnya terdetik jugak rasa menyesal dihati saya bertanya soalan macam tu dekat awak tapi takpelah. setidak-tidaknya saya tahu salah saya, saya tahu kenapa kita jadi macam sekarang. terima kasih awak sebab sedarkan saya. walaupun kita terpisah lama, hidup dalam dunia sendiri dengan tak bercakap tak pandang tak senyum tak mesej tak call, saya masih tunggu awak. sebab awak laa satu-satunya lelaki yang saya serious kalau bercinta. paling lama pulak tu. tapi awak jangan risau tau. lepas ni takde dah :) bila awak puji dia, bila awak sanjung dia, saya sedih. tapi saya cepat-cepat sedarkan diri saya yang memang dia layak dapat pujian tu. awak sampai tak tahu nak sebut apa yang awak tak suka pasal dia. awak betul-betul dah berubah. saya bangga dengan awak :) saya tak malu nak mengaku yang saya masih berharap dekat awak sebab saya tahu awak pun tahu. tapi insyaAllah, dengan kekuatan yang Allah pinjamkan tuk saya, saya mampu lupakan awak. insyaAllah insyaAllah :) 

saya doakan awak berjaya dalam hidup awak. insyaAllah segala apa yang awak impikan tuk kerjaya awak akan tercapai. aamiin :) semoga mendapat isteri yang solehah serta anak-anak yang soleh lagi solehah yer? :)