Jan 19, 2015

#shortvacationkeipohperak part1


petang yang hening ditemani kipas yang segan nak hidup mati pulak tak mahu teman sebilik, nina nak kongsi cerita berkenaan 'short vacation' nina & dua orang lagi kawan nina ke Ipoh, Perak. 'short vacation' ni memang kitaorang langsung tak rancang senang cerita boleh tukar tajuk jadi 'shock vacation'. haha. malam 15hb, masa kitaorang dekat kedai makan, salah sorang kawan nina ni bukak cerita (mesah), 'korang, pergi rumah mesah jom weekend ni.' yang sorang lagi (aten) memang dah awal awal setuju sebab diaorang memang dah rancang nak pergi cuma nina je tak tahu apa apa. nina pun ya kan je sebab tiba tiba perasaan nak pergi bercuti tu datang. haha. jadi malam tu kitaorang apa lagi, tak berenti bercerita laa pasal nak bawak baju apa, nak bawak beg apa, nak pergi mana nanti, nak buat apa nanti. biasalah, perempuan kan. kecoh tu satu tabiat memang tak boleh nak dipisahkan dah. hee.

petang 16hb lepas kelas, kitaorang berkumpul dekat ktm ukm. nina dengan mesah satu kelas jadi senang kiranya lepas kelas sama sama pergi ktm. yang aten ni kelas lain jadi dia terpaksa tunggu kitaorang ni yang agak lambat jugak habis kelas hari tu. redha jelah aten ye. sampai dekat ktm ukm  tu around 12 lebih. kitaorang beli tiket ke terminal bersepadu selatan (tbs) sebab nak naik bas dekat sana. jimat uolls naik bas ni daripada naik ktm. dengan keadaan yang sengkek sikit ni, lagilah kitaorang pilih nak naik bas. haha. harga bas rm20.70 je. okeylah tu kan. bila sampai dekat tbs, kitaorang naik pulak lrt ke plaza rakyat. tiket ktm ke tbs rm2.40 & tiket lrt ke plaza rakyat rm1.70.


haa cerita pasal plaza rakyat ni, nina ada cerita seram sejuk satu badan sikit nak cerita dekat korang. sebelum ke pudu sentral, kitaorang kena berhenti dekat stesen plaza rakyat sebab lrt terus ke pudu tu takde. maksudnya kitaorang semua kena berjalan kaki agak jauh ke pudu sentral. tapi memang dah sedia jalan untuk ke sana kiranya tak perlu nak lintas jalan bagai. masa tengah berjalan jalan dengan riangnya untuk ke pudu sentral tu, nina ditegur atau lebih tepat lagi ditahan oleh sorang lelaki cina yang umur dalam lingkungan 20-an macam tu. kawan kawan nina dah ke depan dah. masa cina tu tegur diaorang, diaorang awal awal lagi cakap 'takpelah kitaorang nak cepat.' nina yang tak tahu apa apa ni pergi berhenti bila cina tu tegur. nina ingat apa lah yang cina tu nak. sebab dia siap bagi pen & kertas dekat nina suruh tulis nama dengan umur semua. ingat untuk kebajikan haiwan ke apa. nina yang agak tak cerdik ni tulis jelah nama dengan umur tu. lepas dah tulis baru tahu rupanya dia suruh nina isi harga barang yang dia pegang tu rasanya barang tu macam pen & keychain lepas tu bayarkan sekali. gila ahh! nina terus buntu tak tahu nak buat apa. memang tak laa nina nak tulis harga lepastu bayarkan barang barang tu semua. kalau cantik comel takpe jugak. lagi teruk harga paling rendah boleh letak rm10. gila bertimpa timpa cina tu. nina pun panggil kawan nina, nina cakap kat diaorang yang nina tak faham apa yang cina ni nak, kononnya lah padahal faham cuma buntu tak tahu nak buat apa. kawan kawan nina datang terus cakap, 'takpelah bas kitaorang dah sampai tu' cina tu jawab 'saya tak cakap dengan awak maa'. nina tengok je kawan kawan nina berbalas mulut dengan cina tu. kawan kawan nina dah panas terus heret nina pergi dari situ. nina yang blur blur ayam ni ikut je. tak pasal pasal kena marah dengan diaorang lepas tu. haha. diaorang pesan, 'nina! jangan layan orang orang dekat sini. diaorang nak duit je.' nina pun balas 'nina mana tahu.' kesahnya! jadi, berhati hati ye kawan kawan bila lalu dekat kawasan tu nanti. kalau lalu situ buat bodo je tau. kiri kanan jangan pandang langsung kalau nak selamat. pandang depan je. gituuu :))

sampai je dekat pudu sentral, kitaorang pergi makan dekat marrybrown. lapaq baq hang dari pagi tak makan kot. sempat jamah kueh 2biji je. haruslah tak cukup kan. nina pulak. haha. dekat marrybrown nina order lucky plate & mesah order nasi marrybrown. aten tak order apa apa sebab dia dah isi perut dekat cafe kolej. nina nak cakap dekat sini lucky plate dia tak berapa nak lucky sebab tak sedap. haha. ayam dia memang takleh kalahkan ayam kfc yang mantop tu. vegetables salad dia pun tak sedap. yang sedapnya nasi dia je. nasi tu dia sediakan sekali dengan sambal nasi lemak, papadom, kacang goreng, ikan bilis goreng & acar sayur. kiranya boleh tahan sedaplah nasi dia tu. takdelah sedap melampau lampau tapi sedaplah. harganya nina dah lupa lah. hee.





kitaorang naik bas pukul 3petang. memang sengaja pilih waktu tu sebab kitaorang kan belom makan. jadi awal awal dah rancang sebelum makan borak dulu lepas makan pun borak dulu kejap lepastu baru boleh gerak naik bas dengan aman. tu yang pilih nak naik bas pukul 3petang tu. haha. dalam bas takde cerita pun yang boleh nina cerita sebab kitaorang tidur je banyak. nina kalau tak tidur, takde benda yang nina fikir selain bahaya bahaya bahaya! bila fikir balik memang lawak tapi serius cakap nina memang akan jadi sangat perisau kalau naik bas. tapi bila dah sampai ipoh, perasaan tu terus hilang sebab seronok tengok keadaan sekeliling. ipoh takdelah cantik macam luar negara tu haa. sama je macam tempat lain dekat malaysia tapi perasaan bahagia tu ada bila dah sampai sana. gituuu. kitaorang sampai dalam pukul 6petang. agak lewat jugak. sampai sampai je nina dah kena usik dengan ayah mesah. boleh dikatakan setiap hari mesti kena usik dengan mak ayah mesah. tak termasuk sedara mara mesah lagi. tapi layankan je sebab seronok. diaorang sangat sangat baik. usik pasal apa? adalah. doa jelah yang terbaik ye kawan kawan. kihkihkih! :))

masa otw balik rumah mesah, mak dia ajak pergi pasar malam. pasar malam tu nama dia pasar malam kelebang restu. pasal malam ni memang nina boleh puji sebab bersih & takde pun sampah sarap yang boleh kita sepak sepak dekat situ. kalau tengok semua makanan yang jual dekat situ, memang rasa nak beli semua. nasib nina bijak kawal nafsu. haha. nina beli putu bamboo, putu piring, kebab & pau goreng. nina pilih makanan ringan je. aten pulak beli nasi ayam & kueh tiaw goreng. kueh tiaw goreng dekat sini harga rm1.50 je uolls. mana nak dapat harga macam tu dah sekarang. tapi dalam tu takdelah ayam ke daging ke apa, ada sayur dengan tauhu jelah. tapi berbaloi je sebab sedap. yang mesah beli popia basah je. katanya mengidam. gambar gambar makanan memang tak dapat tangkap sebab lupa. syok sangat tengok makanan kiri kanan sampai lupa ambik gambar. haha.


balik dari pasar malam terus balik rumah mesah. malam tu takde apa pun kitaorang buat, borak kosong je dengan mak mesah. esokkannya tu baru kitaorang balik kampung mesah. cerita dekat kampung tu next entry tau kesayangan. kalau tulis semua dekat sini nanti panjang yang amatlah pulak entry ni. haha. okeylah, i have to go now. bye! :*